Nuffnang Ads

Monday 22 December 2014

#Review: Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna (KakiNovel)


Assalamualaikum and hi uolls!!


Review oleh : Ainaa Azlan (Admin KPNM)




Sepupuku Suamiku ♥ dalam banyak-banyak novel yang kawan saya pinjam . Novel ni lah yang diorang cakap paling best , sweet , romantis dan seumpanya . Bagi saya pulak ? Jangan tanya saya , sebab kalau korang tanya best ke tak semua saya cakap best .Bagi saya setiap penulis ada gayanya tersendiri . Tapi memang tak nafikan , novel ni memang the best in the world . haha ayat kemain over !

Hisyam , I love you so much ! hihi giler romantis Hisyam . Mulut dia manis , manis daripada madu lagi ! Kalau dapat husband camni memang sengih memanjang . Muka pun tebal 10 inci . Romantisnya ya ampun ! lemah lutut bep ! HAHA HAHA

Diana Syakira ( Nana ) , satu-satunya buah hati Hisyam walaupun Nana bukan cinta pertama Hisyam tapi Nana cinta kedua dan terakhir Hisyam . Satu je saya geram dengan Nana ni . Kenapa dia lebih percayakan betina gedik tu daripada suami sendiri ? Tapi takleh salahkan Nana sepenuhnya jugak . Dah lah betina gedik tu buat onar sampai Nana keguguran dan tambah pulak dengan Hisyam ditangkap khalwat dengan betina gedik. Isteri mana tahan kan ?

Kesian Hisyam dengan Nana . Tengah syok-syok hidup bahagia , rumah tangga diorang runtuh dan sampai Hisyam DIPAKSA kahwin dengan betina gedik tu . Ish-ish . ;(

ps : saya asyik sebut ' betina gedik ' tu sebab tak ingat nama . hihi



[ SINOPSIS ]



TAJUK : SEPUPUKU SUAMIKU
PENULIS : LYNN ALLYNA
TERBITAN : KAKI NOVEL
Harga Semenanjung: RM19 / Sabah Sarawak: RM22


Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.


Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati  Nana yang keras itu.

Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.

Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….

Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads