Nuffnang Ads

Sunday 12 February 2017

Penulisan2u: Jangan Hilangkan Dia - Hazel Jay (Feb.2017)




TAJUK: Jangan Hilangkan Dia
PENULIS: Hazel Jay
TERBITAN: Penulisan2u
HARGA: RM24


SINOPSIS:

Tragedi tragis yang menimpa Qaireena empat tahun lalu telah ‘menghilangkan’ insan yang paling dia sayangi dalam hidupnya. Walaupun kecederaan luaran yang dialami Qaireena tidak parah, namun kecederaan dalaman yang dia alami ketika itu terlalu serius. 

“Bangun sayang, dah masuk waktu subuh ni.” 

“Kau siapa?”

“Saya suami awak, sayang...”

Suami? Ya, suami. Qaireena sering kali didatangi mimpi yang sama. Bermimpikan seorang lelaki yang tidak berwajah! Aneh tapi itulah yang berlaku dalam mimpi itu. Setiap kali bermimpikan lelaki tanpa wajah itu, hanya seorang yang terlintas dalam fikirannya. Dhafir!

Dhafir, ‘si tauke kain’ itu benar-benar buat hidup Qaireena huru-hara. Sejak kemunculan lelaki itu, hidup Qaireena seperti berpusing 360 darjah! Dalam rasa benci dengan sikap menjengkelkan Dhafir, Qaireena tetap menerima syarat gila lagi merepek lelaki itu yang mahu membantunya membuka butik tudungnya sendiri di Malaysia. 

Namun bagi Dhafir, semua syarat itu hanyalah sebagai alasan untuk dia kembali bersama cinta hatinya.

“Saya tak suka awak duk berkepit dengan lelaki lain. Walaupun perkahwinan kita ni berlaku atas dasar nak cukupkan syarat, awak tetap isteri saya yang sah. Dosa awak tetap tergalas di bahu kiri saya ni. Awak duk pegang lelaki lain, dosanya bukan pada awak tau? Pada saya.” - Dhafir

“Awak fikir dosa saya. Tapi dosa awak duk berkepit dan berkasih sayang dengan perempuan lain boleh pula? Ya, saya tahu lelaki boleh kahwin empat. Tapi tak semua perempuan sanggup berkongsi.” - Qaireena

“Azra yang awak maksudkan? Saya dengan dia kawan ajelah. Tak lebih dari tu. Tak perlu nak fikir bukan-bukan.” - Dhafir

“Eleh, kawan konon. Kalau kawan, takkanlah perempuan tu dengan beraninya buat pengakuan depan saya yang dia tu kekasih awak?” - Qaireena

Sudah bermacam-macam cara yang Dhafir lakukan untuk memenangi hati isterinya itu. Namun segala usahanya sia-sia apabila Qaireena mendapat tahu bahawa isi perjanjian kontrak perkahwinan mereka hanyalah lirik lagu sahaja. Lebih mengejutkan lagi apabila apa yang telah hilang empat tahun lalu kembali semula menyapa hidup Qaireena. 

Mampukah Dhafir terus mempertahankan ikatan perkahwinannya dengan Qaireena selepas semuanya terbongkar? Bolehkah Qaireena menerima Dhadir semula selepas dia mengetahui siapa sebenarnya lelaki itu?

Penulisan2u: Miss Cleaner Undercover - Fateen Najwa (Feb.2017)




TAJUK: Miss Cleaner Undercover
PENULIS: Fateen Najwa
TERBITAN: Penulisan2u
HARGA: RM26



SINOPSIS:


Khaira Wilda tahu, zaman glamornya akan terhenti seketika saat ditugaskan untuk menyamar sebagai seorang tukang sapu. Namun sebagai seorang anggota polis yang mencintai kerjaya dan janji taat setia kepada negara, Khaira Wilda sanggup.

Bagi Hayden Daniel pula, kemunculan Wilda sebagai seorang tukang cuci yang dianggapnya luar biasa mula memikat hatinya. Dia langsung tak tahu bahawa Wilda ialah anggota polis yang ditugaskan untuk menjaga ahli keluarganya daripada serangan pengganas. Bersaksikan lilin cinta yang penuh romantis, Hayden meluahkan segalanya...

“Wilda, saya cinta awak sepenuh hati saya.”

“Hayden... Saya...”

“Wilda... Tak perlu ucapkan. Saya tahu hati awak. Awak juga cintakan saya.

Berkali-kali Khaira Wilda cuba menerangkan kepada Hayden Daniel mengenai siapa dirinya namun dia belum berjaya. Pelbagai ancaman muncul terhadap ayah Hayden Daniel, Tan Sri Anwar Karim El-Zahri hingga menyebabkan Khaira Wilda dan Hakimi, rakan setugasnya lebih mengetatkan kawalan hingga akhirnya mereka terpaksa menyamar sebagai pasangan suami isteri!

“Awak dan Hakimi... Tinggal satu rumah. Apartmen tu betul-betul depan rumah Tan Sri.”

“Tuan, tak mungkinlah saya boleh duduk serumah dengan dia.”

“Takkanlah saya nak letakkan awak dengan dia berdua sahaja tanpa sebarang alasan. Awak dengan dia, menyamar jadi suami isteri!”

Hubungan Khaira Wilda dan Hayden Daniel berjalan lancar hinggalah semuanya terbongkar. 

Rupa-rupanya Khaira Wilda ialah seorang anggota polis, bukan tukang cuci. Lebih mengharukan, dia sudah bersuami! Terjelepok kehampaan Hayden Daniel saat salah faham itu dilemparkan kepadanya. Terus hubungan cintanya dengan Khaira Wilda ditamatkan tanpa sempat gadis manis itu menerangkan semuanya. Kehadiran Hakimi yang sudah memendam rasa sekian lama, mungkinkah menggugat kedudukan Hayden Daniel dalam hati Khaira Wilda?

Aku memang tak pernah bercinta. Kaulah cinta pertamaku- Hakimi

Saat mengetahui kebenaran yang hakiki, Hayden Daniel sungguh menyesali akan keterlanjurannya memutuskan cinta. Namun segalanya sudah terlewat pabila Khaira Wilda sudah putus harapan terhadap sebuah rasa yang dinamakan cinta… 

“Entahlah, Hayden. Saya malas nak ulang balik. Apa yang berlaku sudah pun berlaku dan tertulis. Jadi biarkan saja. Biar masa tentukannya.”

KaryaSeni: Badi Buddy - Marki Miharbi (Feb.2017)






TAJUK: Badi Buddy
PENULIS: Marki Miharbi
TERBITAN: Karya Seni
HARGA: RM22


SINOPSIS:

 Danial Putra, seorang vokalis merangkap gitaris sebuah band Indie di Jepun. Hidup sebagai mahasiswa di sana mempertemukan dia dengan Ayumi Takashi, lantas cinta berputik. Mereka diibaratkan seperti John Lennon dengan Yoko Ono oleh kawan-kawan. Hidup penuh dengan cinta.

“Sayang betul cintakan Nona Manis?” – Ayumi Takahsi

“Sebab Nona Manis cantik macam Snow White.” – Danial Putra

Namun, bahagia yang didamba berakhir dengan sebuah tragedi ngeri. Ayumi pergi buat selama-lamanya dan pintu hati Danial Putra terus tertutup rapat untuk bercinta lagi. Dia ada badi, pembawa nasib malang… Itu fikirnya. Sehinggalah pertemuan semula Danial Putra dengan Dhea Azlina, wanita yang telah lama menyimpan cinta terhadapnya.

“Aku masih mencintai dirimu. Sungguh!” – Dhea Azlina

Dan dengan tiba-tiba hati Danial Putra bergetar untuk Dhea Azlina tetapi cintanya kepada Ayumi Takashi terlalu besar dan tiada ganti. Danial Putra pencinta setia. Dia tak mungkin curang, nekadnya. Tapi, apakah mungkin dia dapat meneruskan hidup tanpa cinta?

“Ya takdir! Siapakah peneman hatiku sebenarnya?” – Danial Putra

Danial Putra keliru. Dia buntu… Mungkinkah dia mampu untuk bercinta lagi? Dan Dhea Azlina… Sanggupkah menunggu cinta Danial Putra yang sekian lama dinantikannya? Kalau Danial Putra menerimanya, apakah mungkin badi itu akan hilang?

KaryaSeni: Syurgaku Tak Sempurna - Sara Aisha (Feb.2017)





TAJUK: Syurgaku Tak Sempurna
PENULIS: Sara Aisha
TERBITAN: Karya Seni
HARGA: RM28




SINOPSIS:

Pertama kali menatap Zalia, hati Tengku Zarif berdetak hebat. Dia yakin itulah kasihnya. Itulah cintanya. Biar ibu membenci, biar satu dunia melawan, cintanya buat Zalia tidak akan pernah berganjak.

“Tengku buat saya tak tahu nak buat apa.” – Zalia

“Awak boleh buat satu perkara. Marry me, Zalia!” – Tengku Zarif

Seperti pasangan yang lain, mereka melalui bahtera perkahwinan yang indah. Cinta memekar wangi. Anak pengikat kasih. Bagi Zalia, itulah syurganya. Cukup sempurna.

Namun, mereka terlupa. Seorang Tengku Zaharah tidak akan berhenti selagi tidak mendapat apa yang diingini. Pernikahan mereka perlu dihancurkan! Itu sumpah Tengku Zaharah. Dia sanggup berbuat apa sahaja. Walaupun mengorbankan nyawa.

“Aku tak nak dia ada dalam keluarga aku. Aku kena buat sesuatu.” – Tengku Zaharah

Kemunculan semula Fariena, membuatkan syurga mereka semakin goyah. Zalia cuba bertahan. Tetapi sekuat mana pun dia, apabila terlampau digasak, akhirnya tersungkur jua. Tanpa rela, dia mengambil keputusan yang menghancurkan jiwa.

“Saya nak awak bernikah dengan Fariena.” – Zalia

Ternyata, keputusan itu cuma keputusan bodoh yang melumatkan lagi sekeping hati milik Zalia. Tengku Zarif semakin jauh. Fariena senyum mengejek. Tengku Zaharah ketawa sinis. Lalu, yang tertinggal cuma Zalia bersama hati yang semakin lama semakin dongkol. Tetapi mereka tersilap besar! Seorang Zalia tidak akan selamanya menunduk. Bila diri dan hati sudah selalu dipijak-pijak, dia bangkit bersama dendam.

“You… You… You dah menang, Zalia.” – Fariena

“Selagi kau belum mati, aku belum menang.” – Zalia

Namun, benarkah kebencian harus dibalas dengan kebencian? Benarkah dendam mampu merawat hati yang lebur?

Saturday 11 February 2017

IntensIdea: Topeng Si Pemuja Hati - Rass Lestari (Feb.2017)





TAJUK : Topeng Si Pemuja Hati
PENULIS: Rass Lestari
TERBITAN: Intens Idea
HARGA: RM27



SINOPSIS:

“Isteriku Fayruz Nur Khairani, La tahzan,” tubuh Fayruz, Thaqiff pusingkan semula.

“Saya pergi untuk empat hari tapi kunjungan malaikat Izrail kita tak tahu bila dan di mana. Sebagai manusia kita kena sentiasa bersedia. Manalah tahu kalau ditakdirkan umur saya tak panjang, sekurang-kurangnya saya sempat berpesan untuk isteri kesayangan saya ni.”

Dengar saja soal umur, air mata Fayruz semakin deras mengalir. Bibirnya bergetar menahan kesedihan yang kian mencengkam sanubari.

“Dah habis semua pesanan awak? Sekarang dengar pula pesanan saya,” Fayruz menyeka air matanya.

“Kat sana nanti, awak kena belikan saya coklat banyak-banyak. Lepas tu, awak kena janji bawa saya pergi honeymoon lepas awak balik dari sana dan satu lagi saya nak awak belikan saya rantai emas yang besar berliannya. Semua barang tu mesti dan wajib awak sendiri yang bawa, faham tak?”

BEGITULAH mereka. Seorang kaki penipu, seorang bak ustaz! Seorang materialistik, seorang lagi romantik! Kedua-duanya bertopeng tapi nawaitu mereka tetap satu, CINTA!

DISATUKAN atas ‘urusan perniagaan’, mereka menerima antara satu sama lain. Namun, kebahagiaan yang mula terasa kian rapuh bila kisah tujuh tahun lalu menghantui Puan Sri Sharum, ibu Thaqiff. Dia perlu korbankan salah seorang daripada mereka. Siapakah yang menjadi mangsa? Thaqiff atau Fayruz?

IntensIdea: Setia - Reen Syazreena (Feb. 2017)





TAJUK : Setia
PENULIS: Reen Syazreena
TERBITAN: Intens Idea
HARGA: RM26



SINOPSIS:

‘Mohon jangan jatuh hati pada I. I akan mati!’

DUA potong ayat itu membunuh rasa. Dua baris amaran itu pemusnah anganan impian. Dan kerana bait kata itu, enam tahun Rania menyimpan rahsia dan membungkam rasa. Enam tahun Rania cuba bangkit daripada kepalsuan. Sangkanya, kisah si palsu itu telah tamat dan tak akan pernah punya sambungan lagi di saat dia berpegang pada realiti. Namun, mereka bertemu…

“But life ain’t a fairy tale. Prince charming tak wujud,” ujar Rania dengan nada kecewa.

“Sebelah you ni bukan prince charming, ke?”

Rania mencebik. Tak kelakar langsung lawak Zafrill. “Perasannya.”

Zafrill ketawa lagi. “Well, except for status I yang bukan kerabat diraja, I rasa I seorang yang charming. Charming enough for you.”

“Mana-mana I pergi, you ada je. You tak ada kerja lain ke Rill?”

Zafrill ketawa. “I kan bayang-bayang you.”

APABILA realiti dan fantasi bergabung menjadi satu, dia keliru. Cuma yang pasti, dia tak akan biarkan dirinya tertipu lagi. Namun Rania tersepit jua…

“Nia, abang I sangat cintakan you.”

Rania angkat muka memandang Zafira. Lama dia memandang adik Zafrill ini sebelum dia bersuara. Teringatkan WhatsApp Iskandar, waktu sama teringatkan juga wajah sayu Zafrill yang pertama kali dimaklumkan berita tentang perkahwinannya.

“Iskandar juga sangat cintakan I.”

Zafira sedikit merengus. Geram sangat dia apabila asyik nama lelaki bermulut puaka itu yang disebut.
“Tapi you cintakan abang.”

“Bila masa I cakap I cintakan dia? Kalau you minta I kahwin dengan dia sekarang ini hanya disebabkan dia sakit nak mati, bukankah itu bermakna apa yang I lakukan hanyalah atas dasar simpati, bukan atas dasar cinta.”

Siapakah pilihan Rania? Masihkah dia menjunjung ego kerana kisah silam keluarganya atau merealisasikan kesetiaan antaranya dengan Zafrill yang melukakannya dahulu?

KarnaDya: Bila Cinta Milik Dia - Sharina Elisa (Jan.2017)




TAJUK: Bila Cinta Milik Dia
PENULIS: Sharina Elisa
TERBITAN: Karna Dya
HARGA: RM22



SINOPSIS:

Gadis genius secantik Rania tidak mengimpikan jejaka macho sebagai pelengkap hidup. Demi mencari cinta yang suci, dia menukar identiti menjadi gadis montel 130kg. Raqib, jejaka yang diminati Rania dalam diam bertindak mengherdik dan mencaci saban hari kerana bimbang gadis itu menyimpan rasa di hati.

Adel Hauzan, doktor kosmetik muncul menawarkan peluang kepada Rania supaya mampu menjadi kurus dan jelita. Lima tahun Rania bersabar dengan kata-kata makian, dia jadi lelah dan mula membuat keputusan untuk menerima tawaran Adel Hauzan.

Meski Raqib membenci, Rania tetap menjadi yang teristimewa di hati lima jejaka bersaudara. Kasih yang tulus itu meletakkan Rania sebagai yang teratas dalam carta hidup mereka. Sesiapa yang berani menyentuh si adik maka, buruk padahnya! Sehingga Adel bimbang hendak mendekat. Awal-awal sudah diberi peringatan.

Maliqi yang yatim piatu dibesarkan bersama Rania sejak kecil menaruh rasa. Demi cinta yang tersimpul rapi, dia izinkan Rania mencari kebahagiaan selagi gadis itu tidak terluka.
Pernah beberapa kali Rania muncul mempamerkan wajahnya yang sebenar. Kononnya, dia adalah Raudhah dan merupakan teman serumah Rania. Raqib yang tidak mengenali, mula jatuh hati. Mulalah dia hendak merisik perihal Raudhah daripada Rania tanpa mengesyaki kedua-dua pemilik nama itu adalah orang yang sama.

Dah ni nak ke mana ni? Dengan bagasi besar ni? - Maliqi

Aku ada misi - Rania

Misi? Misi apa? - Maliqi

Misi mencari suami - Rania

KarnaDya: Ini Buku Seram - Resmanshah (Jan.2017)




TAJUK : Ini Buku Seram
PENULIS: Resmanshah
TERBITAN: Karna Dya
HARGA: RM20



SINOPSIS:

Bersiap untuk menghantui diri anda lagi dengan cerita yang lebih seram hingga membuatkan anda semua berasa menyesal dan geram sakan. Keseraman jalan cerita yang ada di dalam buku kali ini lebih mantap dan lebih mengelirukan. Pasti ada yang terkeliru atau mungkin juga ada yang terasa menyesal kerana sudah membaca buku ini. Menyesal kerana kisah-kisah seram di dalam buku ini pasti akan terus menghantui hidup anda sehingga anda mahu menceritakannya kepada rakan taulan, saudara-mara, atau mungkin kepada sesiapa saja yang bertembung dengan anda.

Monday 13 April 2015

KakiNovel: Cinta Takkan Berakhir - Sri Sarah (April.2015)



( BLOG PENULIS : http://inimemori.blogspot.com/ )

Tajuk: CINTA TAKKAN BERAKHIR
Penulis: Sri Sarah
Jumlah muka surat:- 688
HARGA : RM24 SEM/ RM27 SS
Terbitan: Kaki Novel

[ SINOPSIS ]

Sombong? Bila masa dia sombong tak bertempat? Kalau dia suka senyum, nanti Izreen cakap dia kuat melayan perempuan pula. Itulah orang perempuan ni. Memang suka sangat fikir yang bukan-bukan. Senyum kata gatal, tak senyum kata sombong! – Adib Razlan

Rasa macam nak aje tanya who are you to judge me? Macamlah mereka pernah berjumpa atau berkenalan sebelum ini. Haish! Suka hati aje cakap dia lupa daratan! Kalau dia lupa daratan, dia takkan balik langsung ke Malaysia. Terus menetap di Ohio sampai reput dekat sana. Dia balik Malaysia pun sebab dia tak lupakan daratanlah. – Azara Fatiha

“Suruh driver teksi tu berhenti sekarang. I want you to get out from the taxi, tunggu I ambil you.”
“What?”

Azara terkejut besar mendengar kata-kata Razlan. Gila! Dia dah separuh perjalanan ke kondonya. Kalau tunggu Razlan, bila dia nak tukar baju? Badan dah melekit! Tak sanggup dah ni.

“You dengar apa I cakap tadi, Zara.”

“Saya tanya sebab terkejut. Raz, saya dah nak sampai rumah dah. Sejam lagi saya sampai office semula. Assalamualaikum.”

“Zara, I said stop right now!”

Benarkah cinta tak seharusnya memiliki? Jadi… katakan kepadaku, siapakah pemilik sebenar sekeping hatimu itu? 

KakiNovel: Proposal Cinta Selamanya - Rose Harissa (April.2015)





Tajuk: PROPOSAL CINTA SELAMANYA
Penulis: Rose Harissa
Jumlah muka surat:- 608
HARGA : RM22 SEM / RM25 SS
Terbitan: Kaki Novel

[ SINOPSIS ]

Bila Haidar memutuskan hubungan dengan alasan tak sekufu, Amyra tak mahu bercinta lagi. Dia bercita-cita ingin mengumpulkan modal yang cukup untuk membina perniagaannya sendiri. Semua tak penting lagi dah. Hinggakan Zaim Armani, anak jutawan di depan mata dia pun Amyra buat derk aje.

“Pernah dengar quotes ni? Lust starts with chemistry. Love starts with trust and respect.” –ZAIM.

Bila tengah sibuk bekerja, dia bertembung pula dengan Leonard, pengusaha perabot pengukir berdarah Jawa tak kalah ganteng tapi sekejap ada sekejap tak ada. Hati wanitanya tercuit juga, tetapi... Amyra tidak mahu hubungan yang tergantung. Dia mahukan sebuah hubungan yang kukuh, yang boleh membawa pada penyatuan dua jiwa secara halal.

“Orang Jawa itu tempatnya di perasaan, selalu bergulat dengan kalbu dan suara hati, dengan menahan hawa nafsu agar bijak menangkap maksud yang tersembunyi.” – LEO.

Sudahnya Amyra mencari along. Itulah penasihat terbaik untuk menyelesaikan jiwanya yang kacau itu.

“Aku cakap yang benar, dik. Kau tu satu-satu anak perempuan abah. Carilah bakal suami yang boleh diharap sikit. Yang boleh betulkan singki tersumbat, yang boleh pasang mentol lampu, yang boleh aku ajak turun ke sungai… boleh bergelumang dengan bau ikan sungai. Ah, pendek kata yang bertulang besi berurat dawai macam aku ni ha….” Afnan singsing lengan baju, tayang lengannya yang berotot.

Amyra pegang kata-kata alongnya tu. Tapi... antara arkitek dan pengukir kayu, dua-dua pun ada perniagaan sendiri. Dua-dua pun boleh pegang ikan patin. Siapa yang ada dalam hati Amyra?

“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.”

Nuffnang Ads