Nuffnang Ads

Monday 8 December 2014

#IdeaKreatif: Kasih Itu Cinta - Hani Fazuha *Limited Edition* (Dis.2014)


Assalamualaikum and hi uolls!!

ORDER KETIGA-TIGA NOVEL LIMITED EDITION TERBITAN IDEAKREATIF DAH DIBUKA. BOLEH BAYAR SECEPAT MUNGKIN SEBELUM ORDER DITUTUP!!

*NOVEL L.E, HANYA SEKALI DICETAK*

Yang ingin buat pembayaran untuk 3 novel L.E terbitan IdeaKreatif boleh rujuk FB Mazlinda atau lain-lain agent IdeaKreatif.





Tajuk : KASIH ITU CINTA
Penulis : Hani Fazuha
Terbitan : Idea Kreatif
Harga : RM 25 (Semenanjung) RM 28 (sabah/Sarawak)
*HARGA BELUM TERMASUK KOS POS*

[ SINOPSIS ]
Berapakah harga sebuah rasa andai benci boleh ditukar menjadi sebaliknya? Bagi Zarif, harganya sangat mahal, tidak ternilai dengan harta duniawi kerana melembutkan hati seorang Dya, satu kerja yang sangat gila. Dan kegilaan itu buat dia hampir hilang punca. Masalahnya, dia memang sudah terjatuh suka.
Hidup bagi seorang Ardyana, tiada makna bahagia, apatah lagi sebuah rasa bernama cinta. Yang ada di hati dia hanyalah benci semata-mata. Lelaki di sekelilingnya hanya wujud untuk merosakkan. Dan apabila Zarif muncul, manusia perosak menjadi semakin bertambah. Benar.. dia bencikan semuanya.
Pun begitu, satu perhitungan membuatkan mereka harus bersatu dalam ijab dan kabul. Dan, bermulalah sebuah cerita.
“Tinggal dengan awak? Kat kondo awak? Tunggulah bila akal saya dah tak waras lagi.”- Dya
“Kalau nak, saya boleh saja suntikkan ubat untuk menghilangkan kewarasan awak dan kalau nak, saya boleh saja paksa awak mengikut kehendak saya. Tapi... lafaz akad yang saya ikrarkan di depan kadi dengan nekad memikul tanggung-jawab sebagai suami tidak memungkinkan saya berbuat semua itu.” – Zarif
Mampukah Syed Zarif Hafizi melembutkan hati seorang Ardyana?

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads