Nuffnang Ads

Friday 16 January 2015

#LoveNovel : Terima Aku Seadanya - Nina Harith (Jan.2015)


Assalamualaikum and hi uolls !!




Tajuk :TERIMA AKU SEADANYA 
Penulis : Nina Harith
Terbitan : Lovenovel Publication



Sinopsis :

Tragedi angkara Anita itu menghancurkan cinta Ghaz Khuzairi. Kekecewaan cintanya dengan Marlissa menjadikan hatinya beku untuk bercinta lagi. Tetapi itu hanya kisahlalu. Namun ada sesuatu yang telah Marlissa tinggalkan untuknya. Amanah Marlissa dan Ryan Arshad. Kerana amanah itu jugalah Ghaz Khuzairi mengenali Izzara. Malah dengan mengenali Izzara, hatinya yang sepi selama ini terusik. Dalam diam dia menaruh hati.

Bagi Izzara pula, mengenali Ghaz Khuzairi bukanlah alasan untuk dia berlaku curang kepada bakal tunangnya. Cinta dan kasihnya hanya terpahat buat Qaleef. Malah lamaran Qaleef benar-benar membuatkan hati wanitanya bahagia.

“Err... maksud kau, Zara dah rasmi jadi tunangan oranglah ni ye?” – Ghaz Khuzairi

Perasaannya tersentap. Pedih. Lagi sekali gadis yang dipujanya bakal menjadi hak lelaki lain. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa kecewanya hati dia.

Kemunculan semula Anita mengejutkan Ghaz Khuzairi. Malah, penghijrahan diri Anita benar-benar membuat Ghaz Khuzairi kagum.

“... Kalaulah boleh diputar semula masa…sumpah! I takkan buat perkara yang keji tu. I terasa diri I hina sangat bila I sanggup hancurkan masa depan orang lain semata-mata kerana cinta I pada you tak berbalas. I’m too selfish!” – Anita.

Walaupun Anita pernah menghancurkan kehidupan Ghaz Khuzairi, namun lelaki itu tidak sedikit pun menyimpan dendam. Sebaliknya, Ghaz Khuzairi menerima kata-kata kemaafan Anita dengan hati yang terbuka. 

“Walaupun seteruk mana yang pernah you buat pada I dulu tetapi itu bukanlah alasan untuk I menyisihkan atau menghukum you. I terima you seadanya siapa diri you, Nita.” – Ghaz Khuzairi

Adakah kemunculan semula Anita dapat mengisi sepi di hati GhazKhuzairi atau ada wanita lain yang lebih bertuah? Saat Ghaz Khuzairi menikmati erti kebahagiaan hidup, kemunculan Ryan Arshad pula seakan merentap tangkai hatinya. Adakah kehadiran Ryan Arshad itu untuk menuntut sesuatu yang terlalu berharga bagi Ghaz Khuzairi selama ini? Tegakah Ryan Arshad?

1 comment:

  1. saya baru habis baca TAS...tahniah Nina Harith kerana telah yang menghasilkan sebuah karya yang sanagt2 menarik dan pada saya ianya sangat hebat ...plot yang tersusun indah membuatkan saya tak jemu membaca dan ada tarikan... TAS bukan sahaja bnyak memberi pengajaran tetapi boleh di buat tauladan... ..setiap permasalah diselesaikan dengan berlandas kan AlQuran dan hadith...keihlasan watak2 yang di tonjolkan oleh Nina dlm TAS harus diambilkan iktibar...wajib percaya kepada ketentuan Allah...setiap apa yang kita lakukan menemui jalan buntu berbaliklah kepadaNYA seperti yang dilakukan oleh NINA dlm TAS....Allah amat menyayangi hambanya...Anita gadis dari keluarga yang tersasar telah mendapat hidayah dari Allah..akhirnya kembali ke jalan Allah... keikhlasan Ghaz Khuzairi menerima apa yg terjadi kpd kekasihnya Marlissa dan kerelaannya serta keluarganya menerima Rana Arissa memaparkan sifat2 terpuji sebagai hamba Allah...Qaleef yang rela mengorbankan kebahagiannya demi seorang kanak2 yang kehilangan seorang ibu amat luar biasa......kesimpualannya setiap apa berlaku ada hikmah disebaliknya...setiap yg baik... baik juga balasannya dari Allah...Tahniah lagi sekali Nina Harith...

    ReplyDelete

Nuffnang Ads