Nuffnang Ads

Saturday 13 December 2014

Cinta Si Gadis Kebun *Limited Edition* - Siti Khadijah (Dis.2014)


Assalamualaikum and hi uolls!!

Novel limited dari penulis novel Rindu Dalam Sepi, Rasa Yang Tertinggal, Pewaris Takhta Cinta dan tiga novel yang diterbit penulis sendiri, Digari Cinta, Dua Kisah Satu Cinta, Mengintai Rindu.



TAJUK: CINTA SI GADIS KEBUN
PENULIS: SITI KHADIJAH
JUMLAH M/S: 319
HARGA: RM 23 (SEMENANJUNG) & RM 26 (SABAH & SRWK)


| SINOPSIS |

PELIK. Itulah Aisya Batrisya, masa lapangnya hanya dihabiskan di kebun tinggalan arwah ibu dan bapanya. Tidak pernah sesekali dia meninggalkan kebun yang menyimpan kenangan terindah dalam hidupnya. Segala suka dan duka hidupnya sudah tercoret di dalam kebun itu. Namun, permintaan nenek kesayangannya mengganggu-gugat ketenangan Aisya.

“Kalau Isya gagal dapatkan kerja, nanti nenek carikan seorang suami untuk Isya,” – NEK TIMAH.
Sangka Aisya nenekanya hanya bergurau tetapi rupa-rupanya kenyataan yang terpaksa dia terima. Dirinya disunting oleh lelaki yang tidak dikenali.

“Isya tak nak kahwin lagi. Isya nak enjoy dulu. Nenek batalkan perkahwinan ni. Kalau nenek batalkan perkahwinan ni, Isya janji Isya tak akan degil lagi. Semua yang nenek cakap, Isya akan buat.” – AISYA BATRISYA.

Tetapi sudah terlambat untuk Aisya berpatah balik. Dia akur dengan permintaan nenekanya dan menerima calon pilihan nenek sebagai teman hidupnya.

“Aisya, Aisya buat apa atas pokok tu? Cepat turun. Tak elok orang perempuan duduk atas pokok.”

“Awak tak nampak ke saya tengah makan buah rambutan atas pokok ni takkanlah pancing ikan pulak atas pokok. Apalah awak ni,”

“Saya cakap turun. Turun cepat. Jangan sampai saya tebang pokok rambutan ni nanti.”

“Awak jangan berani nak tebang pokok rambutan kesayangan saya ni. Jangan pernah ada angan-angan pun tau.”

Walaupun perangainya pelik namun bagi Hakimi Danial, Aisya seorang gadis yang unik. Cinta sudah bersemi tanpa pengetahuan Aisya, kasihnya sudah mekar dalam diam namun untuk memiliki sekeping hati milik Aisya bukannya mudah tetapi Hakimi Danial sanggup walaupun nyawa menjadi taruhan.

“Awak yang pertama dan awaklah yang terakhir bagi saya, saya sanggup mati berkali-kali jika itu yang perlu saya bayar untuk dengar ungkapan cinta daripada awak. Saya nak awak tahu, walaupun kematian yang memisahkan kita,saya takkan pernah tinggalkan awak kerana awak adalah nyawa saya. Saya nak awak tahu itu,” – HAKIMI DANIAL.

Tetapi hidup tak selalunya indah. Seringkali ada ujian yang melanda. Kesabaran Hakimi Danial teruji dengan sikap Aisya. Manakala, Aisya pula diuji dengan kemunculan Sheila saat cintanya sudah berputik. Siapa Sheila sebenarnya? Dapatkan Si Gadis Kebun mempertahankan cintanya?

.................................

Berminat untuk dapatkan semua novel limited edition penulis Siti Khadijah? Hubungi sekarang selagi stok masih ada!

No comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads