Nuffnang Ads

Wednesday 4 March 2015

LoveNovel : Isteri Dambaan Dia - Uji Norizqi (Feb.2015)


Assalamualaikum and hi uolls !!


( Blog Penulis : http://ujinorizqi.blogspot.com/ )


TAJUK: ISTERI DAMBAAN DIA
PENULIS: UJI NORIZQI
JUMLAH MUKA SURAT : 566
HARGA : RM26 / RM29 sabah sarawak
Terbitan: Lovenovel



[ SINOPSIS ]

ARTINA NEDIESHA seorang gadis metropolitan. Dia dilahirkan dalam keluarga beradadan berkedudukan. Dek kerana ketegasan dan kesombongan Engku Masitah, diaprejudis kepada ibu sendiri. 

RIFQI EKHSAN seorang yang berpendidikan tetapi hidup sederhana. Mengusahakantanah di kampungnya. Seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarga danpenyayang orangnya. Ke kota mencari pekerjaan, menemukan dia dengan si gadis cantik, lincah dan gemarbersosial. Bekerja di bawah satu bumbung, menyebabkan Nediesha mendekati Rifqi.Namun kegedikan Nediesha cukup membuatkan Rifqi lemas. 

“Cik Nediesha nak makan sini juga ke?” 

“Tak. Nak tengok awak.”“Cik nak bawa saya ke mana?”

“Pejabat kadi.”

Orang kata cinta itu buta tapi bagi aku cinta ini gila. Bila dalam hati hanya ada namadia, mana nak nampak masalah di kemudian hari. Yang aku tahu hanya ingin memilikidia. Sedarkah aku dia kuli, aku anak bos? Sedarkah aku dia suasa, aku emas? Sedarkahaku wujudnya jurang di antara kami? Taraf hidup kami cukup berbeza.

“Diesha….Qi tak layak untuk memiliki Diesha apatah lagi diangkat menjadi calonmenantu pilihan Datuk Rosli dan Engku Masitah. Qi tidak mahu bermimpi di siang hari...”

“Tapi Diesha yakin yang Diesha milik Qi.”

Cinta dua darjat bersatu jua tetapi mengapa bahagianya sekejap saja? Rimaskah akuhidup berlumpurkan selut di bendang? Kecewakah aku hidup tanpa kemewahan?

“Baik! Lidah kau kena pasung ek? Aku akan pergi dari sini biarpun tanpa izin kau. Kat KL
nanti aku failkan penceraian. Kau tunggu surat dari lawyer aku.” 

Lafaz perpisahan terlafaz. Apakah ia satu kerelaan? Aku bebas kerana aku yang larinamun puing rindu tetap ada di kamar hati. Benarkah hanya aku yang dia damba?Bolehkah aku menjadi isteri yang didamba dia lagi setelah masing-masing memijak kacadan terluka kakinya?

1 comment:

  1. Wahhhh bestnyaaaaaaa
    ... Bilalahh novel nak kuar ni t review novel nil k

    ReplyDelete

Nuffnang Ads